6 Tips Beli Rumah Pertama Dalam Malaysia

Beli rumah pertama mungkin sangat susah bagi sesiapa yang tidak ada pengalaman dalam pembelian hartanah. Tetapi jika anda dapat panduan dan langkah untuk merancangkan pelan beli rumah, anda juga boleh membeli rumah yang anda suka. 

Untuk pembeli rumah pertama, anda mungkin tertanya-tanya apa kos yang perlu tanggung sebelum dan selepas membeli rumah, di sini disenaraikan tips beli rumah pertama dan strategi yang berguna untuk anda.

rumah mampu milik selangor

Apakah tujuan pembelian rumah?

Anda perlu tahu beli satu properti mampu milik adalah untuk duduk sendiri atau pelaburan sahaja? Bukanlah setiap orang dapat membeli sebuah rumah dengan pembayaran wang tunai sahaja, anda hendaklah memohon pinjaman untuk membayar ansuran-ansuran setiap bulan. 

Jika anda ingin beli satu rumah untuk diduduki sendiri, anda perlu pastikan jumlah maksimum pinjaman mampu ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan. 

Sebaliknya, jika anda ingin beli rumah bermatlamatkan pelaburan, margin pinjaman bagi pembelian dengan tujuan pelaburan mungkin akan dikurangkan kerana institusi- institusi kewangan ingin mengurangkan risiko pinjaman tidak berbayar.

 Macam mana cari senarai hartanah untuk dibeli?

Anda ingin nak beli secepat mungkin kerana anda mungkin tak mampu nak beli apa yang ditawarkan sekarang dengan menggunakan jumlah wang yang sama dengan selepas 10 tahun. 

Oleh itu, anda perlu beli rumah dengan bantuan seseorang yang pakar dalam hal ini, ataupun membeli rumah dengan agen hartanah berdaftar, kumpulan Facebook dan laman sesawang. Contohnya, kalau anda ingin memohon pinjaman perumahan, anda boleh mendapatkan cadangan daripada agen hartanah berdaftar kerana mereka ada pengalaman tentang nilai pasaran yang anda hendak dibeli.

rumah mampu milik pahang

Membuat perancangan untuk mengelakkan kekurangan bajet

Walaubagaimanapun, anda perlulah membeli rumah bajet anda supaya anda dapat mengelakkan kekurangan bajet dalam proses pembelian rumah dan apabila telah membeli rumah. Anda perlu menyediakan bajet dengan cara kira loan rumah untuk mengirakan apa yang ada perlu bayar sebelum dan selepas pembelian rumah.

Sediakan maklumat kewangan untuk pinjaman

Yang paling penting ialah pembiayaan rumah anda perlu diluluskan oleh pihak institusi kewangan. Anda boleh merujuk kalkulator loan rumah dalam menyediakan maklumat kewangan peribadi. 

Jika ingin memohon pinjaman peribadi untuk beli rumah pertama, anda hendaklah menyediakan senarai pendapatan, senarai potongan, senarai komitmen, senarai pelaburan, senarai simpanan dan senarai cukai.

Tambahan pula, anda perlulah memantapkan laporan kredit semasa permohonan pinjaman daripada pihak bank. Pihak bank lazimnya akan menyemak laporan kredit pemohon sebelum meluluskan pembiayaan anda dan agak sukarlah permohonan pinjaman diberi kelulusan jika laporan kredit anda tidak mencapai keperluan mereka.

Pinjaman islamik atau pembiayaan untuk beli rumah

Anda boleh memohon pembiayaan islamik daripada institusi kewangan atau bank Islam. Penggunaan konsep Bai ‘Al-‘Inah dalam pinjaman riba melibatkan penjualan dan pembelian kembali transaksi oleh penjual (bank) berdasarkan pembayaran tertunda. Penjual akan menjual kepada pembeli (pelanggan) secara tunai. Kemudiannya, bank akan membeli semula atas pembayaran tertunda di mana harga lebih tinggi daripada harga tunai itu.

Kelebihannya ialah tiada unsur riba yang wujud di dalam pembiayaan Islam. Apabila tiada riba, tiadalah berlakunya penindasan dalam pinjaman islamik.

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beli rumah

Jika anda membeli rumah bermatlamatkan untuk diduduki sendiri atau sebagai rumah kediaman, anda boleh mempertimbangkan tentang pengeluaran KWSP untuk beli rumah. Untuk membolehkan anggota KWSP merancang untuk bersara yang selesa, KWSP boleh membenarkan anda mengeluarkan wang dari Akaun 2 untuk membiayai pembelian rumah.

pinjaman peribadi islamik

Panduan untuk mengambil KWSP untuk membeli rumah adalah anda perlulah sebagai rakyat Malaysia & bukan Malaysia, di bawah umur 55 tahun, sekurang-kurangnya RM500.00 dalam akaun 2, tidak pernah membuat pengeluaran perumahan dan pinjaman yang diluluskan daripada peminjam yang diiktiraf.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *